Monday, March 18, 2019

Keputihan Ketika Hamil


3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA. 

Fefet Sireh Premium sesuai digunakan oleh ibu hamil.


Keputihan semasa mengandung yang tidak normal mungkin tanda jangkitan vagina yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera agar tidak beri kesan kepada janin


  • Keputihan semasa mengandung sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. 
  • Sebenarnya, keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal.
  • Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan. 
Untuk maklumat lanjut, mari kita merujuk ulasan berikut.


3 jenis keputihan semasa mengandung yang tidak normal bagi wanita hamil. 

1. Bacterial Vaginitis
  • Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.
  • Jangkitan ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan seks oral. 
Tanda-tanda jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir. Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini. 

2. Trikomoniasis
  • Ini adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.
  • Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.
Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, kuning atau hijau, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal. 

3. Vaginitis monilia
  • Adalah normal untuk mempunyai sedikit kulat dalam vagina wanita. Tetapi apabila ibu hamil mendapat jangkitan monilia, kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina. 
  • Jangkitan ini tidak disebabkan oleh hubungan seks tetapi lebih kepada akibat stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.
Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina. 

Langkah-langkah penjagaan jika ibu mengalami keputihan semasa mengandung
  • Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis moniliakerana jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.
  • Oleh kerana keputihan semasa mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.
  • Jika anda sedang mengalami keputihan semasa mengandung yang tidak normal, dan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, jumpa dengan doktor untuk pengesahan yang tepat.
Ibu hamil boleh mengurangkan peluang berlakunya jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut : 

1. Jagalah kesihatan, makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup

2.  Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering

3.  Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas

4.  Lapkan vagina dari depan ke belakang

5.  Elak dari menggunakan pantyliner dengan pengharum

6.  Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul 

7. Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun. 

Semoga artikel ini membawa manfaat untuk anda yang tengah hamil.

Love,
Fifi Azalia
Ejen Fefet

Sumber : Google


Friday, March 15, 2019

Ejen Fefet

EJEN FEFET KL



000074 - SALMAH | Selangor
000110 - HASMAH | Melaka
000113 - RABIATUL ADAWIYAH | Melaka
000129 - ROZALINA | Negeri Sembilan
000141 - NUR HAZWANI | Selangor
000148 - SITI NOOR ROHAYU | Kuala Lumpur
000163 - ROHANA | Pahang
000166 - WAN | Sabah

000262 - SITI NOORLIYANA | Terengganu

001919 - NURGAYAH | Pahang

000338 - ZALIA HEZLIN | Perak

000460 - TEH HABIBAH | Selangor

001305 - SUZILA SAMBU | Selangor / Sarawak

002321 - AVLYNE DIANI | Selangor

002346 - MONICA KUMBAU | Sarawak

004348 - CAMAYLIA | Negeri Sembilan

004401 - MERI | Kuala Lumpur

005324 - SARAH JANE | Sarawak

008264 - NURAIN | Johor



Info : Sila klik pada nama untuk hubungi ejen anda. Terima Kasih.


Fefet Intimate Cleanser




  • The best cleanser for intimate area. Therefore it is important to maintain hygiene in your intimate area. Whatever you age, clean your most delicate area with daily use of special formulation product FEFET, Sireh Premium. 
  • FEFET, Sireh Premium is designed exclusively for feminine hygiene needs and supports your intimate area's natural pH balance, humidity and prolonged fragrance of fresh flowers.
PARABEN FREE ⠒ SLS / SLES FREE


DIRECTION FOR USE
  • Use in 2 easy steps : Gently squeeze the bottle for a few drops of FEFET, Sireh Premium onto your moist hand. Apply on your intimate area, then rinse thoroughly.

INGREDIENTS






Lets FEFET Click Here




Kerjaya Bersama Fefet

JOM BINA KERJAYA BERSAMA FEFET


FEFET SMART NETWORKING

  • Bisnes patuh syariah
  • Sistem adil dan saksama
  • Bisnes bina legasi
  • Modal yang sangat rendah
  • Bonus dibayar setiap 15hb
  • Hq lakukan pengeposan
  • Ejen hanya fokus jualan dan bina legasi
  • Bahan iklan disediakan setiap hari
  • Penyata gaji











































Permulaan menjadi ejen perlu membayar :

⤿ Modal RM200.00 - 10 kotak FSP
⤿ Belian sistem & Id RM40.00
⤿ Postage Sem RM11.00
⤿ Postage SS RM19.00
⇰ Untuk order seterusnya boleh order serendah 1 kotak.



Keputihan Normal atau Tidak Normal

9 JENIS KEPUTIHAN YANG WANITA 
PERLU TAHU ADAKAH NORMAL ATAU TIDAK?
Hari ini, kita akan membincangkan isu sensitif namun penting
iaitu jenis keputihan wanita
(dan juga cara untuk mengenalpasti keputihan yang menunjukkan masalah).
Kebanyakan wanita jarang membincangkan topik ini
kerana malu berkongsi kebimbangan peribadi.
Tapi pasti kalian pernah terfikir kan…
Adakah keputihan aku normal jika ia warna putih atau kuning?
Atau jika keputihan aku berlendir atau seperti gel?
Kenapa keputihan aku berbau?
Jangan risau gelisah Fie akan menjawab soalan-soalan anda itu di sini.
Keputihan itu apa? Keputihan adalah…
Keputihan terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks.
Keputihan yang dialami adalah berbeza pada setiap wanita.
Dan keputihan adalah fungsi badan yang normal untuk memastikan faraj sihat.
Biasanya, keputihan normal nampak jernih atau putih dan tiada sebarang bau.
Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza,
kadang-kadang ia nipis dan berair. Ada kalanya ia akan berubah lekit dan banyak.
Keputihan wanita akan bertukar-tukar mengikut
kesihatan wanita tersebut dan juga hari-hari yang berlainan
sama ada sebelum dan selepas ovulasi.
Mari kita bincang tentang jenis keputihan wanita dan cara untuk mengenalpasti jika ia normal ataupun tidak. Jom rujuk setiap pic dibawah.
9 jenis warna keputihan 

1. Keputihan kering

Juga dikenali sebagai hari kering,
keputihan yang dialami akan bertekstur kering,
melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa
tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis,
walaupun tidak menggunakan perancang.
Tujuan keputihan kering ini ialah untuk
menghalang sperma dari memasuki rahim.

2. Keputihan bak krim


Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah,
rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair
dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah.
Anda juga mungkin akan mendapati
keputihan yang semakin melekit dan basah
pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.
Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11,
jika anda mempunyai kitaran 28 hari.
Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh
menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.

4. Keputihan warna putih
Guna Fefet Sireh Premium NO MORE aksi garu mengaru

 Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal
dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan.
Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju
dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis.
Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk,
sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.

5. Keputihan yang licin

Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin.
Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya
hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan
dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini
sangat kaya dengan kalium.

6. Keputihan jernih dan

sangat cair

Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, j
enis ini boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan
selepas anda melakukan senaman yang berat.

7. Keputihan warna perang atau sedikit berdarah


Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami
keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis
keputihan wanita yang biasa.
Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti,
jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.
Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks.
Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear
tahunan untuk mengelak keraguan itu.

8. Keputihan warna kuning

Keputihan berwarna kuning tanda jangkitan kuman

Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan.
Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk.
Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin.
Kebanyakan wanita yang sedang mengalami
jangkitan klamidia atau gonorrhea
tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.
Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.

9. Keputihan warna hijau

Keputihan berwarna hijau tidak normal. Sila dapatkan rawatan segera

Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal
dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius.
Sekiranya ia disertai dengan bau busuk,
ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.
***
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini,
kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan
yang normal dan yang tidak normal.
Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal
jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapatkan rawatan.
Sumber : Google
Love,
Fifi Azalia
Ejen Fefet

Pencapaian Fefet



Setelah dua tahun berada dipasaran online, bermacam onak dilalui oleh kami akhirnya Fefet Sireh Premium menerima anugerah pada tahun 2018.

Cara Penggunaan FSP

CARA MENGGUNAKAN FEFET SIREH PREMIUM.








KEPUTIHAN?

Sinonim betul keputihan dengan wanita. Tapi tahu ke apa tu? . Keputihan atau nama saintifiknya, 'Fluor Albus atau Leukore' ialah sat...