Friday, March 15, 2019

Keputihan Normal atau Tidak Normal

9 JENIS KEPUTIHAN YANG WANITA 
PERLU TAHU ADAKAH NORMAL ATAU TIDAK?
Hari ini, kita akan membincangkan isu sensitif namun penting
iaitu jenis keputihan wanita
(dan juga cara untuk mengenalpasti keputihan yang menunjukkan masalah).
Kebanyakan wanita jarang membincangkan topik ini
kerana malu berkongsi kebimbangan peribadi.
Tapi pasti kalian pernah terfikir kan…
Adakah keputihan aku normal jika ia warna putih atau kuning?
Atau jika keputihan aku berlendir atau seperti gel?
Kenapa keputihan aku berbau?
Jangan risau gelisah Fie akan menjawab soalan-soalan anda itu di sini.
Keputihan itu apa? Keputihan adalah…
Keputihan terdiri daripada lelehan faraj dan lendir serviks.
Keputihan yang dialami adalah berbeza pada setiap wanita.
Dan keputihan adalah fungsi badan yang normal untuk memastikan faraj sihat.
Biasanya, keputihan normal nampak jernih atau putih dan tiada sebarang bau.
Tekstur dan jumlah yang keluar mungkin berbeza-beza,
kadang-kadang ia nipis dan berair. Ada kalanya ia akan berubah lekit dan banyak.
Keputihan wanita akan bertukar-tukar mengikut
kesihatan wanita tersebut dan juga hari-hari yang berlainan
sama ada sebelum dan selepas ovulasi.
Mari kita bincang tentang jenis keputihan wanita dan cara untuk mengenalpasti jika ia normal ataupun tidak. Jom rujuk setiap pic dibawah.
9 jenis warna keputihan 

1. Keputihan kering

Juga dikenali sebagai hari kering,
keputihan yang dialami akan bertekstur kering,
melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa
tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis,
walaupun tidak menggunakan perancang.
Tujuan keputihan kering ini ialah untuk
menghalang sperma dari memasuki rahim.

2. Keputihan bak krim


Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah,
rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair
dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah.
Anda juga mungkin akan mendapati
keputihan yang semakin melekit dan basah
pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.
Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11,
jika anda mempunyai kitaran 28 hari.
Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh
menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.

4. Keputihan warna putih
Guna Fefet Sireh Premium NO MORE aksi garu mengaru

 Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal
dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan.
Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju
dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis.
Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk,
sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.

5. Keputihan yang licin

Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin.
Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya
hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan
dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini
sangat kaya dengan kalium.

6. Keputihan jernih dan

sangat cair

Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, j
enis ini boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan
selepas anda melakukan senaman yang berat.

7. Keputihan warna perang atau sedikit berdarah


Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami
keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis
keputihan wanita yang biasa.
Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti,
jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap.
Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks.
Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear
tahunan untuk mengelak keraguan itu.

8. Keputihan warna kuning

Keputihan berwarna kuning tanda jangkitan kuman

Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan.
Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk.
Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin.
Kebanyakan wanita yang sedang mengalami
jangkitan klamidia atau gonorrhea
tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.
Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.

9. Keputihan warna hijau

Keputihan berwarna hijau tidak normal. Sila dapatkan rawatan segera

Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal
dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius.
Sekiranya ia disertai dengan bau busuk,
ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.
***
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini,
kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan
yang normal dan yang tidak normal.
Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal
jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapatkan rawatan.
Sumber : Google
Love,
Fifi Azalia
Ejen Fefet

No comments:

Post a Comment

KEPUTIHAN?

Sinonim betul keputihan dengan wanita. Tapi tahu ke apa tu? . Keputihan atau nama saintifiknya, 'Fluor Albus atau Leukore' ialah sat...